Thursday, February 10, 2011

INFO AKIM

DILAHIRKAN di pada 18 Januari 1991 dengan nama penuh Afiq Hakim Ahmad.

TANPA latihan formal dalam nyanyian, anak ketiga daripada empat adik-beradik ini mula memberanikan diri menyanyi di depan orang ramai pada usia 7 tahun.

BIARPUN tidak menjuarai pertandingan realiti Akademi Fantasia musim ketujuh, Akim dilihat begitu menyerlah berbanding peserta akhir lain, sehingga dicalonkan dalam dua kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 dalam da kategori - Artis Baru Lelaki dan Penyanyi Lelaki Popular.

SELEPAS meletup dengan lagu yang dinyanyikannya pada konsert final Af7, Bengang, Akim kini memperkenalkan pula single seterusnya, Inilah Cinta, judul yang dipilih sebagai lagu tema kempen terbaru aiskrim Cornetto Wall's.

TURUT berlakon dalam siri Kau dan Aku bersama Mila dan Aril, artis muda lepasan SPM dari Johor Bahru ini meminati penyanyi I'm Yours, Jason Mraz, dan juara American Idol musim ketujuh, David Cook.

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2010/02/tentang-akim-af7.html#ixzz1DcncBMs5

No comments:

Post a Comment