Wednesday, February 9, 2011

Mesyuarat AKIM pinda perlembagaan tak sah

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Tahunan Khas Parti Keadilan Islam Malaysia (AKIM) hari ini yang bertujuan meminda perlembagaan parti dan memberi laluan kepada Datuk Zaid Ibrahim sebagai presiden parti mungkin akan diheret ke mahkamah kerana dianggap tidak sah.

Hanafi Mamat yang mendakwa presiden sah parti itu semalam memberi amaran supaya mesyuarat tidak diteruskan kerana Zakaria Salleh yang mengakui sebagai presiden sudah dipecat sebagai ahli pada Disember 2009.



No comments:

Post a Comment